Kamis, 06 Januari 2011

Redha Rabbi Yang Kita Cari


Kita pengembara...musafir berkelana
melayari arus kehidupan...mencari redha Tuhan
andai hanya berkolek dan bersampan
terasing terpisah dek berbeza fikrah
mana mampu badai gelora ditawan
mana mungkin arus gelombang ditundukkan

Andai mahu menghadapi ganasnya samudera
bahtera perlu gagah perlu perkasa
anak-anak kapal perlu sehati sejiwa
saling bekerjasama mengemudi bahtera
kerana sesungguhnya...kita ini bersaudara
menyembah Tuhan yang Esa
mengadap qiblat yang sama

Kita insan sering alpa tiada sempurna
lalu...kejutkan saudara dari terus dibuai lena
berganding bahu... kita perbaiki apa yang ada
berkasih sayang...saling ingat memperingatkan
saling berpesan...dengan kebenaran dan kesabaran
di depan sana...ada sinar kemilau penunjuk jalan
bersama beriringan ke satu arah matlamat tujuan

Mungkin masanya telah sampai kini
untuk kita saling bersatu hati
saling memahami saling bertoleransi
kembara duniawi yang cuma seketika ini
akan lebih memberi makna dan erti
andai REDHA RABBI YANG KITA CARI

0 komentar:

 

..:::Hati Pencari Cinta ILahi:::.. Blogger Templates Designed by Buat Sendiri | Karya Tangan Terampil. Hati Muhasabah Sang Ikhwan Lahir: 06-01-92. Featured on Karanganyar. © 2011